Thursday 30 March 2017

Tuesday 28 March 2017

IBU BAPA CONTOH TELADAN ANAK



Image result for ibu bapa sebagai contoh teladan

Sabda Rasul S.A.W “Ajarilah anak-anak kamu dan keluarga kamu kebaikan dan lengkapkanlah mereka dengan adab susila..” Riwayat Abd Razzak dan Said Mansur.
Peribahasa menyatakan, “Getah daun akan mengalir ke batang jua,” menunjukkan bahawa anak-anak sudah pasti menuruti ibu bapa dalam hal tingkah laku dan sikap. Mengambil iktibar daripada peribahasa tersebut, amatlah penting kepada ibu bapa untuk memupuk anak-anak dengan segala bentuk amalan yang positif  seperti amalan berjimat cermat, kebersihan, amalan cara hidup sihat dan budaya hormat-menghormati. Pelbagai langkah dan inisiatif perlu dilagangkan oleh ibu bapa agar anak-anak akan lahir daripada acuan tingkah laku yang baik yang dijanakan oleh ibu bapa. Hal sama pasti boleh dilaksanakan untuk melahirkan anak-anak yang sentiasa mementingkan kebersihan dan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. Lihat sahaja Sabda Rasul S.A.W yang menyarankan agar ibu bapa bertanggungjawab dalam melengkapkan anak-anak dengan ilmu dan pengetahuan yang baik bagi menjadikan anak-anak insan yang soleh dan solehah.
Anak ibarat kain putih yang bersih, ibu bapalah yang membentuk anak-anak sama ada menjadi Yahudi, Nasrani ataupun Majusi. Demikian juga yang ditegaskan oleh pendakwah bebas Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood dalam mendidik anak-anak. “Anak-anak merupakan dominan terhadap ibu bapa, guru dan juga para selebriti. Namun paling penting ialah ibu bapanya kerana pendidikan awal bermula dari rumah. Pendek kata apa saja yang dilakukan oleh si ibu mahu diturutinya. Kalau dalam aspek sebegini anak-anak mahu mencontohi ibu bapa mereka maka, pastinya mereka cuba mencontohi aspek lain-lain juga.” “Sebab itu ada pepatah yang menyebut bapa borek anak rintik, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi dan lain-lain. Semua ini membuktikan bahawa kalau anak-anak bermasalah maka faktor utama yang perlu dilihat terlebih dahulu ialah ibu bapa mereka.”Ujar Ustazah Bahyah.
Apa yang ingin ditekankan di sini adalah mentaliti ibu bapa sekarang yang terlalu bersifat ambil mudah dan tidak mahu melibatkan diri secara langsung dalam perkembangan sahsiah mahupun akademik anak-anak mereka. Adakah ibu bapa sekarang terlalu sibuk hinggakan urusan atau tanggung jawab utama mendidik anak-anak diabaikan? Peranan ibu bapa amatlah diharapkan untuk membentuk generasi muda sekarang yang terdedah kepada gejala negatif luar kawal yang mana jika tidak dicegah akan mendatangkan kemudaratan yang serius kepada mereka dan institusi keluarga.
Jika dilihat kepada masalah sosial yang berlaku di kalangan generasi muda sekarang, kebanyakannya adalah disebabkan oleh kelonggaran ibu bapa dalam mengawal tingkah laku serta perhubungan anak-anak mereka. Memanglah banyak faktor yang mendorong kepada permasalahan ini tetapi ini semua dapat dikawal jika ibu bapa mempunyai pengetahuan dalam kaedah mendidik dan mengawal tingkah laku anak-anak.
Ibu bapa sepatutnya menjadi role model untuk dicontohi anak-anak mereka terutama daripada segi mengamalkan gaya hidup sihat dan penampilan diri yang kemas dan ceria, namun begitu pada hari ini, kita dapati ramai di kalangan ibu bapa yang menunjukkan perlakuan yang tidak baik yang boleh mempengaruhi pemikiran dan tumbesaran anak-anak seperti perlakuan menghisap rokok, meminum minuman keras, menagih dadah, bersikap ganas, malas untuk bersenam, mengamalkan gaya hidup yang sedentari dan sebagainya 




PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK - KANAK

Aspek yang ditekankan dalam membentuk kerohanian dalam islam antaranya ialah 


Ø Syahadah

Ø Solat

Ø Zakat

Ø Puasa

Ø Haji


SYAHADAH

• Syahadah, iaitu fahaman asas atau ajaran Islam:‘'ašhadu 'al-lā ilāha illā-llāhu wa 'ašhadu 'anna muħammadan rasūlu-llāhAku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah”.

• Wasiat ini adalah asas untuk semua kepercayaan lain dan amalan dalam Islam. Muslim harus mengulangi syahadah dalam sembahyang, dan bukan-Muslim yang ingin memeluk Islam diperlukan untuk membaca fahaman ini.

SOLAT

• Dilakukan lima kali sehari.

• Solat dilakukan untuk memfokuskan minda pada Allah, dan dilihat sebagai komunikasi peribadi denganNya yang meluahkan kesyukuran dan penyembahan.

• Solat adalah wajib tetapi fleksibiliti dalam spesifik dibenarkan bergantung pada keadaan.

• Ibadat ini dilaksanakan dalam bahasa Arab, dan terdiri dari ayat dari Al-Qur'an.

ZAKAT

• Amalan pemberian berdasarkan pada kekayaan yang dikumpul, dan wajib untuk semua Muslim yang mampu.

• Bahagian yang ditetapkan digunakan untuk membantu yang miskin dan yang memerlukan, dan juga untuk membantu menyebarkan Islam.

• Dianggap kewajipan keagamaan (bertentangan dengan kebajikan sukarela) yang diluar berhutang kepada yang memerlukan kerana kekayaan mereka dilihat sebagai "amanah dari pemberian Allah".

• Al-Qur'an dan hadith juga mencadangkan seorang Muslim memberikan lebih sebagai tindakan pemberian-sedekah (sadaqah).

PUASA

• Tidak makan atau minum dan dilaksanakan pada bulan Ramadan.

• Puasa ini ialah untuk menggalakkan rasa dekat pada Allah, dan semasanya Muslim patut meluahkan kesyukuran dan bergantungan mereka kepada-Nya, bertaubat dari dosa mereka yang lalu, dan memikirkan pada yang memerlukan.

• Puasa tidak wajib untuk beberapa kumpulan iaitu ia akan membawa kepada beban yang berlebihan. Untuk yang lain, fleksibiliti dibenarkan bergantung pada keadaan, tetapi tertinggal puasa lazimnya harus diqadakkan segera.

HAJI

• Haji, iaitu merupakan ziarah semasa bulan Islam dari Zulhijjah di bandar Makkah.

• Setiap Muslim yang mampu harus membuat ziarah ke Makkah sekurang-kurangnya sekali seumur hidupnya.

• Apabila penziarah ialah sekitar 10 kilometer dari Makkah, dia harus berpakaian dalam pakaian Ihram, iaitu terdiri dari dua helai tak kelim putih.

• Upacara Haji termasuk berjalan tujuh kali mengelilingi Kaabah, menyentuh Batu Hitam, berjalan tujuh kali antara Gunung Safa dan Gunung Marwah, dan secara simboliknya melontar jamrah di Mina.

• Penziarah, atau penghaji, dianugerahkan dalam komunitinya, walaupun guru Islam mengatakan bahawa Haji patut dijadikan luahan dari kebaktian pada Allah berbanding dari kenaikan kedudukan sosial.





Image result for KANAK ISLAM



APRESIASI MUZIK DAN NYANYIAN KANAK - KANAK







PERANAN MUZIK DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Perkembangan setiap kanak kanak adalah unik dan komplek. Mengikut sejarah,muzik digunakan untuk membantu perkembangan kanak kanak dari segi sikap,watak dan emosi serta untuk mengajar konsep pembelajaran dalam kehidupan. Muzik adalahsesuatu yang sedia ada dalam diri kanak kanak. Menurut Monroe(1900), ibu bapa juga memainkan peranan untuk memperkenalkan muzik kepada kanak kanak supaya mereka mesra dengan bunyi bunyian. Selain itu,mereka juga boleh mengembangkan perkembangan kanak kanak.Pada umur 2-3 tahun,,kanak kanak akan mula bergerak mengikut muzik,selain itu mereka akan mengeluarkan suatu yang bunyi yang menyerupai suku kata perkataan contohnya 'cucu' untuk susu. Mereka juga akan menyanyi satu atau dua lagu yang mereka minati. Mereka juga akan mula melibatkan diri dengan sajak dan lagu. Padatahap ini juga, mereka boleh mencipta lagu melalui alatan - alatan muzik seperti makasar,dram dan kerincing. Malah mereka juga dapat mencipta bunyi melalui mengetuk sudu dan pinggan,menghentak kaki,menepuk dan meniup. Selain itu,mereka juga mulai mendengar lagu lagu pendek dengan sepenuh perhatian. Ini menunjukkan bahawa muzik juga membantu kepada perkembangan kanak kanak.Peranan Muzik Memupuk Minda Kanak-kanak MUZIK sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti nyanyi-bersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah. Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak. Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak. Pada trimester ketiga pembesaran janin, otak sedang membuat persediaan untuk operasi lengkap. Oleh itu, ia mudah menerima sebarang bentuk informasi. Ketika itu, telinga fetus telah terbentuk sepenuhnya dan perlahan-lahan mula mengenali suara ibu dan bunyi sekeliling. Pada peringkat ini, Stimulasi Prenatal adalah digalakkan kerana kaedah ini melibatkan pelbagai rangsangan seperti bunyi, gerakan, tekanan dan getaran unuk berkomunikasi dengan bayi anda sebelum bayi dilahirkan. Pada peringkat ini, bayi mula belajar mengenali dan bertindak-balas kepada rangsangan berbeza yang membantu dalam perkembangan fizikal, mental dan deria mereka. Latihan ini membantu mengukuhkan ikatan hubungan ibu dan bayi, serta membantu dalam perkembangan emosi dan potensi intelektual bayi. Dalam tempoh sebelum dan selepas bayi dilahirkan, muzik klasik telah diyakini dapat memberi pengaruh yang kuat terhadap kepintaran kanak-kanak. Tetapi kajian menunjukkan bahawa walaupun kebanyakan degupan jantung bayi bertindak balas terhadap muzik klasik, tiada kajian yang dapat membuktikan bahawa bayi hanya menggemari muzik klasik.





Image result for alatan muzik YANG SESUAI UNTUK KANAK-KANAK




                                Image result for alatan muzik YANG SESUAI UNTUK KANAK-KANAK


 ALATAN - ALATAN MUZIK 




     Image result for alatan muzik              Image result for alatan muzik




💃 ANTARA LAGU KANAK - KANAK YANG 
MASIH SAYA INGAT SAMPAI SEKARANG 💃









PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK - KANAK





PENGENALAN 

Pada peringkat berapa tahun umur kanak-kanak itu dikategorikan? Menurut web ensiklopedia Wikipedia, kanak-kanak atau budak (children) ialah manusia kecil yang kebiasaannya berada dalam lingkungan bayi hingga mencapai akil baligh iaitu di antara 0 hingga 10 tahun bagi kanak-kanak perempuan dan 12 tahun bagi kanak-kanak lelaki. Dalam sumber ini lagi menjelaskan melalui Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai hak asasi kanak-kanak, definisi kanak-kanak ialah manusia yang berumur di bawah 18 tahun. Daripada pendefinisian yang diberikan itu jelaslah bahawa kanak-kanak adalah seorang yang digelar budak atau anak kecil yang dimaksudkan sebagai manusia muda iaitu seorang yang belum mencapai baligh serta belum tahu untuk membuat keputusan dengan sendirinya.

Menurut laman web http://el-children.blogspot.com perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi sebelum menjadi orang dewasa. Kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu kanak-kanak awal serta kanak-kanak pertengahan dan akhir. Kanak-kanak awal dari usia bayi sehingga umur 6 tahun sementara kanak-kanak pertengahan dan akhir di antara lingkungan umur 7 tahun sehingga 12 tahun. Kanak-kanak pertengahan dan akhir adalah kanak-kanak mula ingin mengetahui sesuatu yang mereka lihat dan perhatikan.

Perkembangan dan pertumbuhan manusia adalah bermula dari peringkat bayi sehingga kematian. Kelakuan manusia dari setiap peringkat adalah sangat berbeza apabila mereka telah mencapai peringkat dewasa. Manusia telah dikaji sejak bayi lagi iaitu ketika di dalam kandungan. Kita dapat lihat pergerakan manusia bermula dari rahim ibu yang kemudiannya dilahirkan menjadi bayi dan kemudiannya membesar menjadi kanak-kanak. Apabila mengalami proses kematangan, mereka akan memasuki alam remaja yang banyak menimbulkan perbezaan dari aspek mental dan fizikal dan seterusnya menjadi seorang yang lebih dewasa. Peringkat terakhir dalam kitaran hidup manusia ialah kematian yang sememangnya tidak dapat dielakkan.

KONSEP PERTUMBUHAN  KANAK-KANAK

Konsep pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantitatif dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain. Menurut Karl E. Garrison perkembangan individu boleh dilihat dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut, dan kelenjar. Atan Long mentakrifkan pertumbuhan kanak-kanak ialah perubahan yang diukur dari satu peringkat ke peringkat yang lain dari semasa ke semasa. Menurut D.S Wright dan Ann Tylor konsep pertumbuhan dalam pelbagai sifat luaran seseorang iaitu dari segi sifat jasmani, saiz tinggi, berat badan dan lain-lain.

Daripada definisi yang diberikan, dapatlah dijelaskan bahawa konsep pertumbuhan adalah satu perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku kepada tulang, otot, kelenjar, sistem saraf dan semua organ-organ yang lain dalam badan sehingga mencapai kematangan. Perubahan biasanya adalah perubahan fizikal yang melibatkan pertambahan kuantiti  iaitu misalnya perubahan dari segi berat badan, tinggi dan pertambahan saiz badan. Contohnya pertambahan berat badan kanak-kanak dari 10 kilogram semasa berumur 2 tahun dan menjadi 12 kilogram semasa berumur 3 tahun. Pertumbuhan  juga proses perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam diri seseorang. Contohnya tulang-tulang rangka badan (skeleton) bertambah jumlahnya  semakin individu membesar dan juga terjadi pertambahan panjang tulang-tulang dari satu peringkat perkembangan yang lain dan pertambahan panjang ini akan terhenti bila pertumbuhan seseorang menjadi matang iaitu ketika remaja. 

KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Manakala konsep perkembangan pula merujuk Crow and Crow iaitu perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Namun menurut Karl G. Garisson (1975) perkembangan ini terhasil daripada tindakan yang saling berkaitan antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan ialah mengikut urutan semulajadi dan bersifat sejagat. Ianya merujuk kepada perubahan semulajadi dan ditentukan oleh faktor genetik.. D.S Wright dan Ann Tylor perkembangan merupakan perubahan yang berlaku dalam warisan hayat.

Melalui penjelasan ketiga-tiga tokoh di atas ini, dapat disimpulkan konsep pertumbuhan adalah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada sifat yang lebih awal. Ianya bermaksud perkembangan ialah sesuatu perkara yang dapat diukur dengan alat apa sekalipun kerana ia merupakan sesuatu yang bersifat kualitatif bukannya kuantitatif. Proses ini adalah berterusan yang berlaku dalam pola kelakuan, kebolehan mental dan personaliti seseorang individu hingga mencapai proses kematangan. Namun demikian, perubahan ini dapat dilihat dengan membuat perbandingan sesuatu perubahan yang berlaku kepada seseorang individu dengan sifat individu tersebut sebelumnya. Contohnya perubahan pada rambut manusia daripada berwarna hitam semasa remaja menjadi putih pada peringkat akhir dewasa. Perubahan ini adalah stabil, berlaku secara teratur dan progresif dalam arah tertentu. 



                           












BLOG PERTAMA 🙆📚

» Blogger ialah penulis blog secara bebas 
» Blogger adalah insan hebat kerana penulisan,idea,kemahiran SEO dan pemasaran online.
» Blog boleh ditulis tanpa mengira masa 
» Penulisannya boleh dibaca seluruh  dunia

Saturday 25 March 2017